ORANG ramai kini dipelawa untuk mengemukakan saranan tentang tata laku penunggang basikal dan pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) semasa menggunakan laluan pejalan kaki dan di kawasan sibuk.
Ini termasuk pandangan sama ada mereka perlu mengemudi kenderaan mereka lebih perlahan daripada kelajuan maksimum 15 kilometer sejam yang kini dicadangkan.