Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG TAHUN BARU 2018

Our Tampines Hub sedia pelbagai acara pikat seisi keluarga

Dec 30, 2017 | 05:30 AM



NIKMATI keseronokan bersama-sama sekitar 15,000 orang yang dijangka membanjiri Our Tampines Hub pada Malam Tahun Baru ini.



Bermula 7 malam esok, pelbagai aktiviti menanti anda sekeluarga.



Apa yang menarik ialah tiada bayaran dikenakan bagi sesetengah kegiatan yang pastinya akan menghiburkan golongan muda atau dewasa.



Zon Belajar, Zon Rehat, Zon Permainan Kanak-Kanak dan Zon Beanie menyediakan pelbagai kegiatan percuma dan ini termasuk bengkel membuat barang kemas, memintal belon, khidmat henna dan menyaksikan permainan silap mata.



Beberapa acara juga akan diadakan di kolam renang di tingkat enam bangunan tersebut.



Selain itu, pengunjung juga berpeluang bermain buih di 'Sky Garden'.



Di tempat yang sama juga, anda boleh memilih bergembira di bawah kerdipan bintang sekiranya anda tidak mahu berenang.



Warga tua juga tidak terkecuali.



Mereka diberi peluang membuat bun kukus dan tart buah-buahan di Pusat Wellness.



Menjelang 11 malam, jangan lupa ke ruang utama 'Town Square' di mana anda akan dapat menikmati tayangkan pancaran bunga api.



Kali terakhir persembahan bunga api diadakan di sini ialah semasa pembukaan rasmi Our Tampines Hub pada 6 Ogos lalu.



Dan usah khuatir tentang penutupan kedai kerana kesemua kedai akan dibuka selama 24 jam pada hari tersebut.



Tiada bayaran masuk dikenakan.




KEGIATAN MENARIK



Festive Mall, Besmen 1:
Membeli-belah hingga larut malam. Diskaun sehingga 30 peratus di kedai terpilih



Arena@OTH, Tingkat 1:
Bermain secara percuma di gelanggang futsal dan tenis



Festiva Plaza, Tingkat 1:
Karnival Retro, permainan arked dan khidmat tradisional henna



Central Plaza, Tingkat 1:
Nikmati kehidupan di masa depan dengan simulator Formula Satu, permainan realitimaya (VR), perlumbaan dron dan dinding interaktif



Town Square, Tingkat 1:
Permainan 'bouncy castle', berkelah, hiburan di skrin gergasi, acara kira detik dan persembahan bunga api



Teater Festive Arts:
Menonton filem Pitch Perfect3 secara percuma pada 7.40 dan 9.40 malam



Sky Terrace, Tingkat 2:
Permainan kanak-kanak, melukis muka



Pusat Wellness, Tingkat 3:
Bagi warga emas - membuat bun kukus (mantou) dan tart buah-buahan



Zon Belajar, Tingkat 4:
Bengkel seni pasir, membuat barang kemas dan memintal belon



Sky Garden, Tingkat 5:
Permainan buih



Kompleks Renang,
Tingkat 6: Parti di kolam renang sehingga larut malam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >