Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PA akan tawar lebih banyak kursus bagi warga emas kekal aktif

Jul 29, 2016 | 12:08 PM



PERSATUAN Rakyat (PA) akan meningkatkan usahanya membantu warga emas kekal aktif sedang mereka semakin tua.

Mulai September, ia akan menawarkan Sijil Lanjutan dalam Kesejahteraan Warga Emas bagi warga emas yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang memasak, kraf atau kekal sihat.

Ia adalah program enam bulan terdiri daripada 12 kursus dan khidmat masyarakat, dan akan ditawarkan kepada pelajar yang telah menamatkan program asas.

Pada Jumaat (29 Julai), 375 warga emas membentuk kumpulan kedua lulusan Akademi Warga Emas PA.

Jumlah itu lebih daripada kumpulan perintis tahun lepas yang seramai 250 orang.

Akademi itu, yang dilancarkan pada Februari tahun lepas, telah menerima lebih 6,000 pendaftaran untuk kursus dalam pelbagai bidang, seperti memasak, perubatan tradisional Cina dan bermain ukulele.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong, tetamu kehormat dalam majlis itu, berkata beliau gembira dengan apa yang warga emas belajar dalam kursus mereka.

Katanya berseloroh dalam bahasa Mandarin: "Biasanya apabila saya menghadiri majlis tamat pengajian, mereka pelajar tadika.

"Saya harap anda semua akan meneruskan perjalanan pembelajaran anda."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >