Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Pak sanggup' skim pemindahan wang curian dijel 20 bulan

Sep 23, 2016 | 09:33 AM



SEORANG lelaki membenarkan AS$200,000 dimasukkan daripada sebuah akaun bank Swiss ke dalam akaunnya di Singapura, dan kemudian mengeluarkan wang itu dan memberinya kepada seorang pihak ketiga.



S. Kabaleeswaran, 65 tahun, melakukan itu atas arahan seorang wanita yang dia tertarik dalam talian.



Bekas pengurus kelab sosial itu dipenjara 20 bulan kerana menjadi 'pak sanggup' dengan menerima wang curian berjumlah $246,960 itu dan memindahkan $235,000 kepada Rosidah Said pada 2013.



Hakim Daerah Chay Yuen Fatt, dalam alasan penghakiman yang dikeluarkan pada Khamis (22 Sep), mendapati Kabaleeswaran "bukan orang lurus" dan menolak dakwaannya bahawa ditipu seorang wanita dalam talian, Lilian, yang dia beberapa kali mahu bertemu tetapi tidak pernah dapat.



"Dia tidak begitu lurus dan naif sebagaimana peguam mahu mahkamah percaya. Tidak syak lagi dia berharap dia boleh menjalin hubungan cinta jangka panjang dengan Lilian, tetapi jelas daripada bukti dan kenyataan bahawa dia, pada setiap masa, matang dan cukup waras untuk realistik mengenai padah bermain asmara dalam talian," kata Hakim Chay.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Gregory Gan berkata Kabaleeswaran melakukan pengubahan wang curian atas arahan dua orang yang dikenali hanya dikenali sebagai 'Lilian' dan 'Fayez', yang dia tidak pernah temui.



Mahkamah diberitahu dua penipu itu menyamar sebagai pelanggan National Bank of Abu Dhabi Private Bank (Suisse) di Geneva, Switzerland dan mengarahkan pegawai akaun bank itu memindahkan AS$200,000 pada Oktober 2013 ke akaun POSB tertuduh di Singapura



Siasatan penipuan dijalankan di Switzerland dan Singapura, tetapi wang tersebut tidak ditemui semula.



Kabaleeswaran dihubungi Fayez pada Jun 2013 melalui telefon. Fayez memberitahu Kabaleeswaran dia mahu membeli sebuah rumah di Singapura dan telah menghantar seorang rakan wanitanya ke sini untuk membuat pembayaran.



Fayez mendakwa pernah bertemu Kabaleeswaran sebelum ini, semasa dia bekerja dalam bidang pelancongan.



Kabaleeswaran diberitahu supaya memberi wang itu kepada seorang wanita. Dia mengeluar wang tersebut dan, seperti yang diarah, memberinya kepada Rosidah. Dia melakukan ini dua kali.



Kabaleeswaran diberitahu supaya berurusan dengan Lilian selepas hubungan awal dengan Fayez.



Kabaleeswaran, yang dibela peguam Suresh Damodara, berkata dia tidak mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai itu wang curian.



Mahkamah menolak hujahnya, dan menyatakan dia mendapat ganjaran kewangan kerana ada baki $11,690 selepas pemindahan tersebut. Dia mengaku menggunakan wang itu bagi perbelanjaannya dan membawa anak-anaknya ke Bangkok.



Hukuman penjara Kabaleeswaran, yang ditahan reman tahun lepas, dikebelakangkan dan dia telah selesai menjalaninya.



Dia telah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >