Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar: ISIS lebih bahaya daripada JI

Aug 24, 2015 | 09:43 AM



BERGERAK melalui ruang siber tanpa wajah jelas atau struktur, ancaman kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) jauh lebih berbahaya kepada Asia Tenggara daripada Jemaah Islamiyah (JI), menurut para pegawai perisikan dan penganalisis.


Mereka memberitahu akhbar The Straits Times pemimpin dan ahli ISIS daripada pelbagai latar belakang sosial dan ekonomi dan kumpulan umur, oleh itu sukar membuat profil atau mengesan mereka.


Ini tidak seperti JI, yang dikaitkan dengan kumpulan militan Al-Qaeda.


"Apabila kami menangkap pemimpin JI, kami dapat melihat siapa pemimpin mereka, siapa ahli mereka. Tetapi bagi ISIS, kami tidak boleh melihat pemimpin atau ahli kerana mereka beroperasi dalam sel," kata Pengarah Cawangan Khas Malaysia, Datuk Seri Akhil Bulat, kepada akhbar itu bulan ini di Jakarta apabila beliau menerima anugerah keberanian kerana membantu melumpuhkan JI.


"ISIS jauh lebih berbahaya daripada JI," tambah beliau.


Rakan sekerja beliau, penolong pengarah utama antipengganasan, Datuk Ayub Khan, berkata kebanyakan anggota JI datang daripada sekolah agama dan berusia awal hingga lewat 30-an tahun.


"Lebih mudah bagi polis mengesan JI kerana kami boleh membuat profil ahli mereka. Bagi ISIS, mereka datang daripada pelbagai latar belakang. Anda tidak boleh buat profil mereka.


"Sesetengah daripada mereka semuda 12, 13, 17 tahun," ujar Datuk Ayub kepada akhbar itu di Kuala Lumpur.


"Tidak mudah untuk masuk JI. Rekrut dipilih dengan teliti. Mereka perlu membuat ikrar taat setia di depan pemimpin mereka. Bagi ISIS, anda perlu membuat ikrar taat setia hanya melalui Internet," kata beliau.


Antara 10 suspek ahli ISIS yang ditahan polis Malaysia Rabu lalu ialah seorang wanita kakitangan awam berusia 42 tahun yang berkahwin dengan seorang militan berpangkalan di Syria melalui Skype.


Bagi mengelak dikesan, rekrut Malaysia tidak terus pergi ke ibu kota Turkey, Istanbul, pintu bagi memasuki ISIS. Mereka pergi Jakarta atau Bali dan kemudian ke Istanbul dan akhirnya Syria, kata Datuk Ayub.


Rekrut dari Indonesia melakukan helah sama. Mereka pergi dari Jakarta ke Kuala Lumpur dan kemudian ke Istanbul.


Malaysia dan Indonesia berkongsi perisikan untuk menghentikan aliran rekrut, tetapi polis berkata rekrut masih dapat meloloskan diri.


Datuk Seri Akhil berkata pergolakan politik Malaysia, dengan dakwaan skandal kewangan melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menambahkan risiko.


"Ia (ISIS) akan mengambil kesempatan daripada kelemahan dalam agensi kami kerana kebanyakan agensi perisikan kami sibuk dengan isu-isu politik... Jika kami tidak berhati-hati, ada kemungkinan besar unsur-unsur tidak baik, termasuk ISIS, melakukan Serangan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >