Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar jantung dikenakan sekatan berhubung pelaksanaan perubatan

Jun 27, 2023 | 07:14 PM



Seorang pakar kardiologi privet telah diberi satu senarai larangan selama 18 bulan atau sehingga satu aduan yang dibuat terhadapnya dihuraikan.

Jawatankuasa Arahan Sementara (IOC) Majlis Perubatan Singapura (SMC) menetapkan enam sekatan ke atas Dr Wong Siong Sung.

Ini termasuk larangan bagi “membayar komisen, atau menawarkan bayaran penghargaan, hadiah atau ganjaran kepada penyedia khidmat ambulans (termasuk ambulans kecemasan atau kenderaan pengangkutan perubatan) bagi pesakit yang dirujuk ke tempat-tempat di mana beliau menawarkan khidmatnya”.

SMC, pemerhati kerjaya perubatan di sini, menerima satu aduan terhadap Dr Wong pada Ogos 2021 berkaitan pelaksanaan perubatannya di dua lokasi: Pusat Spesialis Healthy Heart dan Pusat Pengimejan Somerset di 111 Somerset.

Dr Wong ialah pakar runding kanan kardiologi dan pengarah perubatan kededua pusat itu.

Dalam kenyataannya, SMC tidak menjelaskan tentang aduan itu atau siapa yang membuatnya.

Ia adalah satu prosedur biasa, di mana selepas menerima aduan, SMC akan membentuk satu jawatankuasa untuk menyiasat isu berkenaan.

Sewaktu siasatan dijalankan, jawatankuasa itu meminta SMC menubuhkan jawatankuasa arahan sementara yang berasingan untuk membuat keputusan jika langkah-langkah perlu diambil untuk melindungi orang awam.

Jawatankuasa itu ditugaskan “mengenal pasti sama ada terdapat keperluan bagi perlindungan orang awam, atau sebaliknya demi kepentingan orang awam, atau demi kebaikan Dr Wong, agar pendaftaran Dr Wong digantung atau dikenakan syarat atau sekatan”.

Jawatankuasa sementara itu merasakan bukan satu keperluan untuk menggantung Dr Wong daripada menawarkan khidmat sementara kesnya disemak.

Namun, ia memutuskan bahawa “penting bagi perlindungan orang awam dan demi kepentingan awam” untuk mengenakan beberapa sekatan.

Sekatan-sekatan itu akan kekal sehingga 18 bulan telah berlalu atau sehingga prosiding terhadap Dr Wong diselesaikan, mana-mana yang lebih awal.

Kenyataan mengenai arahan jawatankuasa itu bertarikh 30 Mei tetapi ia dimuat naik dalam laman SMC baru-baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >