KEMPEN kepalsuan dalam talian di Indonesia didorong oleh tujuan politik dan menjejas kedudukan tokoh-tokoh politik.
Ini sekaligus menjadikan kempen seperti itu satu keprihatinan utama dalam kestabilan negara, kata Felo Bersekutu Kajian Pusat Kecemerlangan bagi Keselamatan Nasional di bawah Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Cik Jennifer Yang Hui.