Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar: Krisis jerebu boleh berterusan hingga awal 2016

Oct 20, 2015 | 11:22 AM



API yang sedang membara di hutan dan tanah gambut di seluruh Indonesia, yang menghasilkan jerebu tebal yang merebak ke seluruh Asia Tenggara, tidak mungkin dapat dipadamkan dalam masa satu atau dua bulan ini.


Ia bermakna krisis itu boleh berlarutan ke tahun baru, para pakar berkata, sedang laporan terbaru menunjukkan kawasan panas baru muncul di 18 wilayah di Indonesia sepanjang beberapa hari lalu.


"Mungkin ia akan berlarutan hingga Disember dan Januari," kata Dr Herry Purnomo daripada Pusat bagi Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa dalam satu laporan Reuters pada Isnin (19 Okt).


Beliau menambah bahawa terdapat juga kawasan panas di Papua, kawasan yang biasanya tidak dilanda kebakaran serupa itu, kerana "orang membuka kawasan pertanian baru, seperti minyak sawit".


Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia berkata pada Isnin ia masih menyiasat punca kebakaran di Papua. Bagaimanapun, ketua pengarahnya bagi penguatkuasaan undang-undang, Encik Nisbah Ridho Sani, berkata kebakaran tahun ini telah mencapai tahap yang tidak pernah dialami.


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dipetik dalam satu laporan AFP sebagai berkata beliau menjangka krisis jerebu berterusan sebulan lagi.


"Kecuali hujan turun, tidak mungkin campur tangan manusia dapat memadamkan kebakaran itu."


Namun, jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Encik Sutopo Purwo Nugroho, berkata kepada akhbar The Straits Times: "Hujan akan bermula pada Disember. Mustahil kita akan masih mempunyai masalah jerebu pada Januari."


Encik Tri Budiarto, yang bertanggungjawab bagi respons balas kecemasan di BNPB, berkata ramalan daripada agensi kaji cuaca, kaji iklim dan geofizik Indonesia menunjukkan dalam masa kira-kira seminggu ini, kawasan selatan Khatulistiwa, termasuk Sumatera Selatan dan Kalimantan Tengah, harus menerima hujan.


Sementara itu, tiga bandar di pulau Mindanao di selatan Filipina juga diselimuti asap tebal. Peramal cuaca Gerry Pedrico memberitahu akhbar Philippine Daily Inquirer jerebu telah meliputi bandar Davao, Cagayan de Oro dan General Santos sejak Sabtu lalu.


Akhir musim kering tahunan Indonesia pada Oktober biasanya ditandai dengan permulaan musim hujan, tetapi cuaca kering tahun ini diburukkan lagi oleh musim El Nino yang panjang.


Ini menyukarkan lagi usaha memadamkan kebakaran, walaupun operasi pelbagai negara dijalankan di Sumatera Selatan dan Kalimantan Tengah - dua wilayah paling teruk terjejas.


Pada Isnin, keadaan darurat diisytihar di Sulawesi Utara, membuka pintu bagi Jakarta membantu membendung api di sana.


Sementara itu, Kementerian Sekitaran dan Perhubutan Indonesia pada Isnin membatalkan lesen dua syarikat perladangan dan menggantung empat firma kerana didakwa menggunakan api untuk membersihkan tanah.


Ia juga memerintahkan empat syarikat lain supaya mendapatkan peralatan mencukupi bagi mencegah dan memadamkan kebakaran di kawasan konsesi mereka.


Krisis jerebu seolah-olah tidak menunjukkan tanda-tanda berkurangan, tetapi pemerintah Joko Widodo sedang melakukan segala yang boleh untuk menghentikan kebakaran, kata Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan Indonesia, Encik Luhut Pandjaitan.


Beliau berkata demikian dalam ucapan di Ceramah Umum RSIS-Brookings-KADIN di Singapura pada Isnin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >