RAMAI anak muda hari ini sedang mencari "pembaharuan rohani" dan pemahaman agama, namun tanpa bimbingan yang betul, mereka boleh terjerumus dipengaruhi ideologi salah dan terpesong dalam talian.
Berdasarkan pengalamannya memberi kaunseling kepada individu yang menjadi radikal sendiri, Naib Pengerusi Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Dr Mohamed Ali, berkata terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi mereka.