Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar sastera Melayu, Dr Liaw Yock Fang, meninggal dunia

Apr 25, 2016 | 11:24 AM



SALAH seorang pakar Pengajian Melayu yang tersohor, Dr Liaw Yock Fang, telah meninggal pada usia 80 tahun dinihari semalam.



Mendiang Dr Liaw merupakan pakar sastera Melayu klasik dan Undang-Undang Melaka serta ahli linguistik.



Mendiang Dr Liaw lahir di Singapura pada 14 September 1936.



Pada tahun 1963, beliau memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang kesusasteraan dan setelah itu meraih sarjana pada 1965 dalam bidang Bahasa dan Kesusastraan Indonesia, di Universitas Indonesia.



Beliau memperoleh gelar Drs. dari University of Leiden pada 1971 dan pada 1976 memperoleh gelar Doktor Sastera dari universiti yang sama, dengan mempertahankan disertasinya yang berjudul Undang-undang Melaka.



Beliau pernah mengajar di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nanyang (Nantah) dan di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Singapura (kemudian Universiti Nasional Singapura).



Kepakarannya menyerlah dalam bidang linguistik dan kesusasteraan Melayu klasik.



Beliau fasih Mandarin, Inggeris, bahasa Melayu dan mengetahui bahasa Arab.



Beliau turut berbakti kepada Majlis Bahasa Melayu Singapura.



Beberapa karyanya yang sudah diterbitkan antara lain: Ikhtisar Kritik Sastra (1974); Sejarah Kesusastraan Melayu Klasik (1975); Undang-undang Melaka (1976); Standard Malay Made Simple (1988); Speak Standard Indonesian [dengan Munadi Patmadiwiria & Abdullah Hassan], (1990); Nahu Melayu Modern [dengan Abdullah Hasan] (1994); Easy Indonesian Vocabulary (1995); Indonesian Grammar Made Easy (1996); Indonesian Grammar Made Easy II [dengan Leo Suryadinata] (2005); Undang-Undang Melaka dan Undang-undang Laut (2003); dan lain-lain.



Selain itu, sumbangan mendiang turut termuat dalam lebih 20 artikel yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur, dan lebih dari 20 makalah yang dibentangkan pada seminar atau pertemuan di Malaysia, Indonesia, dan Brunei Darussalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >