Belanjawan 2014

Pakej $8 bilion untuk generasi perintis

PEMERINTAH akan membelanjakan $8 bilion bagi Pakej Generasi Perintis (PGP) yang akan memberi faedah penjagaan kesihatan kepada warga perintis sepanjang hayat dan tidak kira pendapatan mereka.

PGP bermatlamat menghargai dan mengiktiraf golongan yang telah menyumbang kepada pembangunan awal negara, dan memberi jaminan kos penjagaan kesihatan mereka akan kekal dimampui sedang mereka meniti usia senja.

Perincinan pakej itu telah dibentang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Tharman Shanmugaratnam, dalam ucapan Belanjawan 2014 di Parlimen sebentar tadi.

Antara butirannya:

- Bagi warga Singapura 65 tahun ke atas (iaitu dilahirkan pada atau sebelum 31 Disember 1949) dan jadi rakyat pada atau sebelum 31 Dis 1986

- Raih faedah sepanjang hayat, dengan mereka yang lebih lanjut usia menerima lebih banyak faedah

- Subsidi lebih tinggi bagi khidmat pesakit luar akan dinikmati semua warga tidak kira usia tetapi golongan perintis akan nikmati subsidi tambahan. Semua warga akan nikmati subsidi antara 50 peratus hingga 70 peratus (naik daripada sekitar 50 peratus sekarang bagi semua Warga perintis akan meraih subsidi lebih tinggi antara 75 hingga 85 peratus

- Semua warga perintis akan raih subsidi di klinik rawatan am (GP) di bawah Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS)

- Wang tunai $1,200 setiap tahun bagi generasi perintis kurang upaya

- Tokokan Medisave antara $200 hingga $800 setiap tahun bermula Ogos

- Subsidi bagi premium MediShield Life sekitar 50 peratus secara purata bagi sepanjang hayat mereka

- Mereka yang berusia 55 tahun hingga 64 tahun pada 2014 tak layak bagi pakej ini tetapi akan terima tokokan Medisave selama lima tahun

- Satu panel rayuan akan ditubuhkan untuk menilai mereka yang tidak layak di bawah kriteria ditetapkan tetapi telah membuat sumbangan besar kepada Singapura. Rayuan akan diterima bermula Mei ini.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 46
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.