Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Palang Merah S'pura tambah $1j bantu mangsa gempa Turkey, Syria

Feb 15, 2023 | 05:30 AM



PALANG Merah Singapura (SRC) akan menambah sumbangan $1 juta kepada mangsa gempa bumi di Turkey dan Syria.



Sebelum ini ia telah mengikrarkan AS$100,000 ($132,780).



SRC berkata pada Selasa, Turkey dan Syria masing-masing akan menerima $400,000, dengan baki $200,000 diberikan untuk menyokong kegiatan kemanusiaan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).



ICRC bekerjasama dengan Bulan Sabit Merah Arab Syria untuk membantu masyarakat terjejas, termasuk menyediakan bantuan kecemasan dan sokongan mata pencarian.



Di Turkey, wang itu akan diagihkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Turkey dan Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC).



Ia kemudian akan digunakan bagi memenuhi keperluan pemulihan segera mangsa, termasuk membeli dan mengedar makanan dan air, serta membina khemah-khemah, menyediakan selimut dan barangan lain untuk menempatkan mangsa gempa.



Wang itu juga akan digunakan untuk menyokong perkhidmatan kesihatan mental dan fizikal bagi golongan terjejas.



Di Syria, wang itu akan menyokong IFRC dan Bulan Sabit Merah Arab Syria.



Selain menyediakan mangsa dengan keperluan dan tempat tinggal, SRC juga telah mengetepikan $100,000 bagi kos pengangkutan dan logistik untuk penghantaran bekalan bantuan, seperti perubatan ke Turkey dan Syria.



SRC mendedahkan bahawa ia telah mengumpul lebih $3 juta dari 8 hingga 13 Februari lalu melalui rayuan mengumpul dana, dengan individu, syarikat dan sekolah menyumbang kepada dana tersebut.



Setiausaha Agung dan Ketua Eksekutif SRC, Encik Benjamin William, berkata ia sesuatu yang menggembirakan, melihat warga Singapura mengambil berat dan menunjukkan simpati mereka terhadap mangsa.



"Kami akan terus bekerja rapat dengan IFRC, ICRC dan kedua-dua pertubuhan kebangsaan untuk memastikan dana yang diperoleh akan diagihkan dengan berkesan dan telus untuk menyediakan bantuan paling sesuai dan tepat pada masa," kata beliau.



"Kami berharap sokongan berterusan daripada usaha kami mengumpul dana supaya kami dapat terus memberikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa bencana yang dahsyat ini," tambah beliau.



Rayuan mengumpul dana SRC akan berlangsung sehingga 31 Mei dan orang ramai boleh menderma dalam talian menerusi laman redcross.sg/donate-Turkey-syria.



Secara berasingan, kedutaan Turkey di Singapura telah meminta penderma untuk menyumbang wang dan bukan barangan dalam pos Facebook pada Isnin lalu.



Pendermaan bukan wang telah pun digantung tetapi kedutaan tersebut mengingatkan bahawa penderma perlu mengesahkan kesahihan pertubuhan yang menerima derma mereka.



Ini berlaku selepas pakar-pakar keselamatan memberi amaran tentang kebanjiran penipuan dalam talian yang menyelubungi bencana itu, termasuk akaun bantuan bencana palsu dan penipu yang meminta derma mata wang kripto.



Sering kali, panggilan untuk menderma dipaparkan dengan imej yang menunjukkan kerja-kerja menyelamat mangsa gempa bumi. Misalnya salah satu rayuan derma telah menunjukkan seorang ahli bomba sedang menarik keluar seorang kanak-kanak daripada serpihan runtuhan.



Akhbar Greek Oema melaporkan bahawa imej ahli bomba itu telah dihasilkan secara digital oleh kecerdasan buatan (AI) imej penjana Midjourney.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >