WARGA Singapura kini boleh menyaksikan sendiri artifak peribadi Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew dalam satu pameran baru di Muzium Negara Singapura yang merakamkan sumbangan kumpulan pemimpin pengasas Singapura.
Wasi dan pemegang amanah estet mendiang Encik Lee, anak-anaknya - Dr Lee Wei Ling dan Encik Lee Hsien Yang - telah menyumbang pelbagai barang daripada rumah beliau di Oxley Road, di mana Parti Tindakan Rakyat (PAP) diasaskan.