Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran bergerak di OTH tingkat kesedaran penyakit berkaitan jantung

Sep 17, 2022 | 08:01 PM



PENYAKIT berkaitan jantung, atau kardiovaskular (CVD), menyumbang kira-kira satu pertiga daripada kematian di Singapura setiap tahun antara 2009 hingga 2019. 






Antara faktor risiko utamanya ialah kolesterol darah tinggi, tekanan darah tinggi, kencing manis, merokok dan kurang senaman.


Demikian kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, di sebuah pameran bergerak anjuran Yayasan Jantung Singapura (SHF), di Our Tampines Hub pada Sabtu (17 Sep).


Pameran itu diadakan sempena sambutan Hari Jantung Sedunia pada 29 September.


Ia adalah acara tahunan SHF yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai selain menggalak langkah pencegahan bagi mengurangkan kes berkaitan CVD. 


Pameran dua hari itu memaparkan pelbagai bahan yang memberi tumpuan pada pengetahuan kesihatan jantung secara am.


Tahun ini, SHF memberi lebih tumpuan pada pendidikan berkaitan kolesterol.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >