Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pameran halal turut bantu Muhammadiyah kutip dana

Nov 25, 2017 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen GRC Marine Parade, Dr Fatimah Lateef, telah merasmikan Pameran Halal Antarabangsa 2017 - Dunia Muslimah, kelmarin, dengan disaksikan Presiden Persatuan Muhammadiyah, Shaik Hussain Shaik Yacob; dan pengurus pembangunan perniagaan MegaXpress, Cik Vivienna Hamzah.



Acara empat hari anjuran MegaXpress International Pte Ltd dan sedang berlangsung di Dewan 4B, Singapore Expo sehingga 10 malam esok itu menawarkan pengunjung pelbagai produk halal bukan sahaja dari Singapura dan rantau ini, malah dari beberapa bahagian lain dunia.



Ia termasuk dari India, Timur Tengah, Jepun, Cuba, Sepanyol, Italy, Indonesia dan Malaysia.



Terdapat makanan halal, suplemen kesihatan, pakaian, kosmetik dan lain-lain.



Pameran yang mengetengahkan 280 gerai itu turut menyokong dana Persatuan Muhammadiyah bagi mengumpulkan sekurang-kurangnya $30,000.



Pungutan derma, wakaf projek dakwah, pendidikan dan kebajikan boleh dibuat di gerai G23 dan G24.



Pertubuhan itu memerlukan sebanyak $5.5 juta setiap tahun bagi mengendali projek dakwah, pendidikan dan kebajikan.



Pengunjung boleh turut menjamu selera di gerai 'Lori Makanan' dan 'Pinggir Popular Malaysia' dengan hidangan popular dari Terengganu (Nasi Dagang), Melaka (Asam Pedas), Pulau Pinang (Laksa dan Rojak) dan Johor (Kacang Pool).



Terdapat juga buah-buahan segar dan makanan yang diproses khas dan dibawa oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Malaysia.



Barisan selebriti popular dari Malaysia dan Indonesia turut mempromosikan jenama mereka sendiri di gerai jenama bintang, CeleBrands Booth.



Ia termasuk Zara Zya, Ziana Zain, Ifa Raziah, Noorsheila Amin, Randy Pangalila, Raja Ema, Azza Elite, Sasqia Dahuri dan ramai lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >