SUDAH lebih setahun Cik Marfo'ah Ahmad, 49 tahun, berusaha mencari kerja dalam bidang pemasaran. Beliau dibuang kerja sebagai pengurus jenama menyusuli penutupan syarikat selepas berkhidmat selama tiga tahun.
Pelbagai temu duga telah beliau jalani. Malah, demi mempertingkat kemahiran, ibu dua anak itu juga mengikuti kursus pemasaran digital dengan memanfaatkan skim SkillsFuture.