Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panama Papers: Iras siasat apakah undang-undang cukai dilanggar

Jun 02, 2016 | 07:33 AM



PENGUASA Hasil Mahsul Singapura (Iras) sedang memeriksa apakah pembayar cukai di sini yang dinamakan dalam Panama Papers yang bocor telah melanggar undang-undang cukai tempatan, kata pengawal selia itu pada Khamis (1 Jun).



Langkah tersebut diambil sedang Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Kewangan (MOF) menggariskan bagaimana agensi negara ini menyertai tindakan keras global mengenai penggunaan entiti luar pesisir bagi pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.



"Penggunaan kenderaan luar pesisir dan ia sendiri bukan tidak sah. Dinamakan dalam Panama Papers sendirinya bukan bukti salah laku atau asas bagi syak wasangka," kata MAS dan MOF dalam satu jawapan bersama.



Oleh itu, pendekatan yang diambil pihak berkuasa ialah memeriksa apakah terdapat salah laku sebenar oleh mana-mana individu atau entiti, kata mereka.



Panama Papers mengandungi butiran lebih 214,000 syarikat luar pesisir dan mendedahkan kekayaan tersembunyi ahli politik utama di negara-negara seperti Russia dan Ukraine.



Data yang bocor daripada sebuah firma guaman Panama, Mossack Fonseca, itu termasuk rekod beribu-ribu entiti ada kaitan dengan Singapura. Menurut Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa, terdapat lebih 5,800 entiti luar pesisir dan 6,000 individu yang dikaitkan dengan Singapura.



MAS dan Penguasa Pengawalseliaan Perakaunan dan Korporat (Acra) mengingatkan bank dan pembekal perkhidmatan syarikat akan tugas mereka mengkaji semula hubungan pelanggan mereka secara berkala dan memastikan pelanggan menggunakan kenderaan luar pesisir bagi tujuan sah.



Mereka dikehendaki memfailkan laporan mengenai sembarang transaksi mencurigakan dan meningkatkan pemantauan.



MAS dan Acra juga menjalankan pemeriksaan untuk memastikan perantara di bawah seliaan mereka mematuhi kewajipan antipengubahan wang haram.



Di samping itu, Pejabat Laporan Transaksi Mencurigakan di bawah Jabatan Ehwal Perdagangan (CAD) mengingatkan pengantara jika mereka mengesyaki sesebuah harta ada kaitan dengan perlakuan jenayah, mereka mesti memfailkan laporan transaksi mencurigakan.



Tindakan keras terhadap pelanggaran peraturan antipengubahan wang haram juga membawa kepada pengawal selia tempatan menutup operasi sebuah bank privet Switzerland, BSI, berkaitan urusannya dengan dana pelaburan kerajaan Malaysia yang dilanda skandal, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >