Panda Jia Jia sah tidak hamil

PANDA River Safari, Jia Jia, tidak hamil, walaupun telah menunjukkan tanda-tandanya.

Berdasarkan data saintifik yang dikumpul daripada tingkah laku dan tahap hormonnya, tingkap kelahiran kini telah berlalu dan penjaga haiwan itu membuat kesimpulan beruang berusia tujuh tahun itu tidak hamil, lapor akhbar digital The Straits Times pada Rabu (23 Sep).

Jia Jia menjalani permanian beradas pada 18 April, selepas satu percubaan tidak berjaya untuk mengawan dengan panda jantan Kai Kai.

Ketua pegawai sains hayat Wildlife Reserves Singapore, Dr Cheng Wen-Haur, berkata:

"Bulan lalu memberi satu pengalaman pembelajaran tidak ternilai untuk kita memahami pembiakan dan biologi kompleks salah satu spesies paling berkarisma di dunia, dan kami berharapkan hasil lebih baik tahun depan."

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.