Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TANGKAPAN DI BAWAH ISA

Pandangan Zulfikar sokong fahaman radikal dianggap bahaya pada masyarakat

Aug 01, 2016 | 05:30 AM



PERBUATAN Zulfikar Mohamad Shariff yang bertujuan memecahbelahkan masyarakat dan jelas menunjukkan sokongan bagi fahaman radikal adalah berbahaya bagi masyarakat setempat.



Demikian menurut beberapa aktivis dan pakar yang dihubungi Berita Harian.



Menurut aktivis silang agama, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib, adalah penting meminggirkan Zulfikar kerana dia memberi banyak maklumat salah yang boleh mempengaruhi sesetengah orang untuk berpandangan ekstrem.



Meskipun kritikan Zulfikar kelihatan seperti bersifat akademik, ia sebenarnya pandangan yang tidak berasas dan terpesong, kata Encik Imran yang juga antara pengasas The Reading Group, sebuah kumpulan yang membincangkan tulisan para pemikir tersohor serta isu kritikal di dalam dunia Melayu dan Islam.



"Zulfikar juga hipokrit. Dia menentang negara sekular tetapi berpindah ke Australia, sebuah negara yang sekular, dan menerima elaun pengangguran daripada pemerintah negara itu.



"Bagaimanapun, dia bukan seseorang yang terjebak ke alam radikal secara sendirian. Dia mempunyai jaringan dan bertindak menyalurkan idea ekstrem melalui aktivismenya.



"Dia mengambil kesempatan atas sentimen masyarakat yang mungkin belum memahami sesuatu isu secara mendalam sehingga mereka mudah terpengaruh dan mula berpandangan ekstrem, menentang negara sekular, menyokong usaha mewujudkan khilafah Islam dan sebagainya. Ini sudah cukup berbahaya bagi masyarakat Singapura yang berbilang agama, bangsa dan budaya," katanya.



Menurut seorang lagi aktivis silang agama yang aktif dalam kerja kemanusiaan, Encik Hassan Ahmad, Islam amat menitikberatkan kesucian kehidupan manusia.



"Mana mungkin kita boleh menyokong, bersimpati atau mengaitkan diri dengan seseorang seperti Zulfikar yang menyokong tindakan pengganasan yang pengecut dan tidak masuk akal sedangkan Islam sendiri melarang umatnya membunuh manusia lain secara terlarang?



"Islam jelas menjanjikan api neraka bagi mereka yang membunuh diri, termasuk pengebom bunuh diri, yang membunuh mereka yang tidak bersalah.



"Mana mungkin kita boleh bersetuju dengan orang yang menyebarkan rasa benci dan marah di kalangan orang Islam?" ujarnya.



Sementara itu, Pengarah Urusan SimplyIslam, Encik Mohamed Nassir Abdul Sukkur, pula menyifatkan perbuatan Zulfikar, seorang calon Doktor Falsafah (PhD), jelas menunjukkan sokongan terhadap kumpulan militan ISIS sebagai memalukan.



Zulfikar difahamkan merupakan calon PhD tahun terakhir di Universiti La Trobe di Melbourne.



"Pendapat sempit yang mendorongnya untuk bersimpati dengan ISIS adalah tidak sesuai dengan semangat intelektual.



"Malangnya, tindakannya telah melampaui batas dan dia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya.



Dalam pada itu, Penolong Profesor Komunikasi dan Media Baru Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Elmie Nekmat, berkata orang ramai juga harus mengambil langkah bagi melindungi diri mereka daripada maklumat radikal dan ganas di dalam talian.



"Satu cara untuk melakukannya ialah untuk tidak mengaitkan diri dengan individu yang memaparkan pandangan Ekstrem di dalam talian.



"Orang ramai juga harus memaklumkan kepada pihak berkuasa dan pertubuhan relevan tentang sebarang bentuk maklumat yang dikongsi di dalam talian atau media sosial yang mengancam kehidupan mahupun fabrik moral masyarakat," ujarnya.



Laporan tambahan SHAHIDA SARHID




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >