SEORANG pengendali kren memandu melarikan diri dan hampir melanggar seorang daripada dua anggota polis berdekatan satu sekatan jalan raya selepas mereka mengarahkannya supaya berhenti.
Yeong Wei Siong kemudian memandu keretanya secara berbahaya dan sengaja melewati lampu trafik merah untuk mengelakkan ditangkap.