Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pandu lawan arus di AYE: Lelaki dituduh memandu secara berbahaya

Jan 12, 2017 | 12:35 PM



SEORANG lelaki didakwa di mahkamah pada Khamis (12 Jan) memandu kereta secara berbahaya dengan menentang arus di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada kira-kira 1.40 pagi pada 5 Jan.



Peguam Brandon Ng Hai Chong, 30 tahun, Encik Luke Lee, memberitahu Hakim Daerah Carol Ling anak guamnya mempunyai masalah perubatan dan disahkan menghidap Sindrom Asperger.



Beliau berkata Ng juga telah didiagnosis dengan kemurungan dan kerap berjumpa doktor sakit jiwa.



Encik Lee berkata ini kali keempat beliau mewakili Ng, tetapi tidak mendedahkan butiran mengenai kes lalu.



Menurutnya, Ng pernah dihukum penjara dan diletak di bawah probesen.



Ng kelihatan tenang semasa berdiri di depan hakim. Dia kini bebas dengan ikat jamin $10,000 dan akan kembali ke mahkamah pada 16 Feb



Pesalah kali pertama yang disabitkan memandu secara berbahaya boleh dihukum penjara hingga setahun dan denda hingga $3,000.



Pesalah berulang boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun dan denda hingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >