SEBUAH panel akan memantau dan menyemak pelaksanaan langkah bagi menangani keprihatinan mengenai kesan sekitaran negatif berikutan pengubahsuaian besar-besaran di Mandai untuk menjadikannya sebuah hab alam semula jadi.
Mandai Park Holdings, pemaju hab itu, berkata dalam satu kenyataan bahawa Panel Penasihat Sekitaran merangkumi pakar bebas daripada pelbagai bidang termasuk masyarakat saintifik, ahli akademik, kumpulan alam semula jadi dan sektor swasta.