PERSATUAN Undang-Undang Singapura telah membentuk sebuah jawatankuasa khas untuk melihat protokol siasatan suspek muda selepas kematian seorang remaja berikutan siasatan polis.
"Kes tragik Benjamin yang berusia 14 tahun baru-baru ini telah menonjol isu protokol penyiasatan, terutama dalam kes pesalah atau suspek muda," kata Encik Wendell Wong, pengerusi bersama jawatankuasa pengamal undang-undang jenayah persatuan itu, dalam e-melnya kepada peguam jenayah pada Isnin (15 Feb) bagi mengumumkan langkah itu.