PERDANA Menteri Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa untuk menghasilkan konsep sebuah peringatan bagi bapa-bapa pengasas Singapura, termasuk mendiang Encik Lee Kuan Yew.
PM Lee berkata, beliau telah meminta pengerusi Esplanade Lee Tzu Yang untuk mengetuai jawatankuasa itu, yang akan mendapatkan maklum balas dari orang ramai.
Menurutnya, mendiang Encik Lee, yang meninggal dunia bulan lalu, tidak suka dengan monumen dan pujaan tokoh.
Semasa hayatnya, mendiang membenarkan namanya hanya kepada institusi dan inisiatif yang beliau mempunyai minat yang mendalam, atau namanya dapat memberi makna dan sumbangan lebih besar, seperti Lee Kuan Yew School of Public Policy dan Dana Dwibahasa Lee Kuan Yew.
PM Lee berkata demikian di Parlimen hari ini.