KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah melantik satu jawatankuasa bagi mengkaji semula skim insurans ElderShield, yang menyokong mereka yang kehilangan upaya lewat dalam kehidupan mereka.
Jawatankuasa terdiri daripada 14 anggota itu, yang akan diketuai oleh Pengerusi Suruhanjaya Perakaunan Singapura, Encik Chaly Mah, telah ditugaskan bagi membuat cadangan yang boleh meningkatkan manfaat bagi mereka di bawah skim tersebut sambil mengekalkan tahap premium yang "berpatutan dan mampan".