Panel menyemak sempadan pilihan raya telah dibentuk dua bulan lalu

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan tadi bahawa jawatankuasa yang menyemak sempadan pilihan raya telah dibentuk dua bulan lalu.

Pengumuman tersebut yang merupakan respons kepada pertanyaan di Parlimen memberikan isyarat bahawa pilihan raya umum dijangka diadakan tidak lama lagi.

Encik Lee memberitahu Dewan beliau telah meminta Jawatankuasa itu untuk menimbangkan pemindahan penduduk dan pembangunan perumahan sejak semakan lalu dalam menyemak sempadan tersebut.

Beliau juga telah meminta panel untuk menimbangkan bagi mengadakan GRC yang mempunyai saiz yang lebih kecil supaya mengurangkan saiz purata anggota GRC di bawah lima orang.

PM Lee juga menyarankan supaya Singapura mempunyai sekurang-kurang 12 kawasan undi perseorangan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Encik Aurthur Fong (GRC West Coast) dan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Yee Jenn Jong.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.