Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SARANAN JAWATANKUASA SEMAKAN KANUN KESEKSAAN

Panel saran rogol dalam perkahwinan satu kesalahan jenayah

Sep 10, 2018 | 05:30 AM



ROGOL dalam perkahwinan, tidak kira dalam apa keadaan pun, akan menjadi satu kesalahan jenayah di Singapura sekiranya satu saranan oleh Jawatankuasa Semakan Kanun Keseksaan (PCRC) diluluskan Parlimen kelak.



Ketika ini rogol dalam perkahwinan hanya satu kesalahan di sini dalam keadaan tertentu, termasuk setelah bermulanya prosiding perceraian dan apabila terdapat perintah mahkamah yang melarang suami daripada mengadakan hubungan seks dengan isterinya.



Pada 2007, Kanun Keseksaan Singapura dipinda bagi mengiktiraf rogol dalam perkahwinan sekiranya terdapat bukti yang menunjukkan bahawa rumah tangga itu bermasalah.



Menerusi laporannya, PCRC berkata saranan tersebut diambil atas dasar melindungi kesucian dan keintiman sesebuah rumah tangga sedang undang-undang tidak seharusnya mengganggu hubungan peribadi ini.



Menurut PCRC, mereka telah menimbangkan sama ada undang-undang sekarang mencukupi bagi memberi perlindungan yang sama daripada penganiayaan seksual kepada semua wanita tanpa mengira status perkahwinan mahupun identiti pelakunya.



Malah, beberapa Anggota Parlimen (AP) juga pernah menyuarakan pandangan mereka tentang isu rogol dalam perkahwinan ini.



Mereka antara lain berpendapat bahawa rogol merupakan kesalahan serius dan lelaki tidak boleh bersembunyi di sebalik rumah tangga mereka untuk menyakiti isterinya.



Justeru, PCRC menyarankan agar rogol dalam perkahwinan menjadi satu kesalahan jenayah tanpa mengira dalam apa keadaan pun.



Meskipun pasangan yang sudah berkahwin mempunyai hak suami isteri ke atas satu sama lain, mereka berkata hak itu harus digunakan sewajarnya.



PCRC menambah, wanita yang suaminya tidak berkelakuan sewajarnya serta menggunakan kekerasan seksual atau menyakiti si isteri dengan serius harus diberi perlindungan yang sama seperti yang diberikan kepada wanita yang belum berkahwin.



PCRC turut mengemukakan usulan tersebut atas dasar kebanyakan penduduk Singapura tidak lagi berpegang pada kepercayaan bahawa seorang isteri telah menyerah diri sepenuhnya kepada seks dengan suaminya menerusi perkahwinan.



Diminta mengulas mengenai saranan tersebut, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam berkata pihaknya telah bertemu dengan golongan cendekiawan Muslim berhubung hal tersebut dan beliau difahamkan bahawa kesalahan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Islam.



Namun, beliau akur lebih banyak usaha perlu dijalankan untuk mendekati dan menerangkan undang-undang tersebut kepada orang ramai.



"Menerusi reaksi yang kami terima daripada sesi perbincangan kami, saya rasa masyarakat Islam, seperti masyarakat lain, juga mengambil pendekatan yang sama.



"Kebebasan wanita harus dihormati dan saya rasa semua agama, termasuk Islam, tidak melarang hal demikian," kata Encik Shanmugam kepada media.



PCRC dipengerusikan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua Kewangan merangkap Menteri Kedua Pendidikan, Cik Indranee Rajah, dan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri dan Kesihatan), Encik Amrin Amin.



Laporan saranan panel itu telahpun diserahkan kepada pemerintah pada 31 Ogos lalu.



Satu siri maklum balas awam kemudian akan diadakan sebelum pemerintah menilai maklum balas tersebut dan membentangkan pindaan kepada Kanun Keseksaan itu di Parlimen kelak.



Dalam suratnya kepada Cik Indranee dan Encik Amrin, Encik Shanmugam telah mengucapkan terima kasih kepada panel tersebut di atas saranan yang dipertimbangkan secara berhati-hati.



Panel itu turut dianggotai pengamal dan pakar undang-undang.



Menurutnya, adalah penting memastikan Kanun Keseksaan kekal relevan bagi Singapura dengan rakyatnya selamat dan dilindungi daripada ancaman-ancaman yang timbul.



Beliau berkata, sejak kanun itu disemak pada 2007, terdapat banyak perubahan berlaku dalam masyarakat dan ekonomi yang didorong oleh kemajuan teknologi.



"Perubahan dalam masyarakat juga bermakna peruntukan dalam undang-undang yang sebelum ini relevan, kini telah menjadi lapuk," kata Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >