TIMBALAN Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, telah menyarankan pembentukan sebuah jawatankuasa tiga pihak bagi memberi sokongan lebih baik kepada pekerja warga emas dan membantu mereka terus bekerja jika ia menjadi pilihan mereka.
Encik Ng, yang juga Menteri Di Pejabat Perdana Menteri, juga menggalak Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (Tafep) mengkaji keprihatinan pekerja warga emas yang sukar mendapat pekerjaan kerana majikan keberatan menggajikan mereka.