ANGGOTA Parlimen (AP) GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, mengimbas antara pengalaman paling sukar dalam kehidupannya apabila beliau mengalami keguguran semasa berkempen sebagai calon kali pertama dalam Pilihan Raya Umum 2015.
"Saya terjejas dari segi fizikal dan emosi. Saya memberitahu suami, saya patah hati dan saya tidak tahu apakah saya boleh bangun esok pagi untuk senyum dan bersalaman dengan orang ramai dan terus berkempen.