Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MALAM SASTERA

Panggung Victoria penuh nostalgia bagi GT Lye

Oct 23, 2016 | 05:30 AM



PENTAS Panggung Victoria merupakan tempat pertama beliau melakonkan watak seorang matriarch atau pemimpin keluarga Peranakan Baba.



Sejak penglibatan beliau dalam pementasan Buang Keruh Pungut Jernih pada 1984, populariti pelakon GT Lye sebagai seorang matriarch, lengkap dengan kebaya dan sanggul, semakin mendapat perhatian ramai ke mana saja beliau pergi.



Namun, selain mengingatkan beliau dengan pelbagai kenangan manis, Panggung Victoria juga merupakan tempat beliau kehilangan dua sahabat karibnya.



"Memang Panggung Victoria merupakan tempat yang penuh nostalgia bagi saya. Banyak perkara yang tidak dapat saya lupakan berlaku di situ," ujarnya.



Pelakon veteran berusia 77 tahun itu bakal kembali ke Panggung Victoria untuk menjayakan pementasan Malam Lawak Sastera: Sayang di Sayang anjuran Berita Harian bulan depan.



Menurutnya, sekitar 1980-an, salah seorang rakannya rebah akibat serangan sakit jantung semasa beliau membuat persembahan di atas pentas.



Seorang lagi rakan karibnya pula jatuh dan kemudian koma di situ.



"Isterinya ceritakan kepada saya bahawa semasa beliau tiba di panggung itu beliau kelihatan baik-baik sahaja.



"Tetapi semasa persembahan, beliau tiba-tiba menoleh ke belakang di tempat isterinya duduk. Selepas itu mereka sangka beliau tidur," katanya.



GT Lye selanjutnya berkata selepas temannya itu gagal dikejutkan, mereka mengejarkannya ke Hospital Besar Singapura dan rakannya itu meninggal dunia di situ.



"Memang saya amat sedih selepas itu kerana teman saya inilah yang selalu mengajar saya tentang budaya Peranakan Baba dan sering berlawan pantun dengan saya.



"Beliau sanggup ajar saya cara nak buat sanggul peranakan," ujarnya.



Menurut GT Lye, selepas sekitar 30 tahun tidak berlakon di pentas Panggung Victoria, beliau amat teruja ingin kembali berlakon di pentas baru itu.



Pentas itulah tempat beliau mempamerkan bakatnya dalam bidang lakonan teater.



"Saya masih ingat bagaimana mereka bermati-matian menolak saya kerana tidak yakin yang saya boleh berlakon sebagai seorang nyonya Baba.



"Tetapi akhirnya saya dibenarkan juga memegang watak itu dan kerana lakonan saya itulah saya dipanggil memegang watak matriarch dalam pementasan lain selepas itu," ujarnya.



Beliau menceritakan bahawa selepas pementasan pertamanya di Panggung Victoria, beliau diberikan peluang menjayakan watak sama dalam pementasan lain setiap tahun.



Bulan depan beliau akan muncul dalam pementasan yang turut menampilkan bakat veteran seperti Norsiah Hamid dan M. Saffri A. Manaf.



Malam Lawak Sastera: Sayang di Sayang di Panggung Victoria pada 5 November dari 8 hingga 10 malam itu juga diadakan sempena Pesta Penulis Singapura ke-19.



"Saya berasa bangga dan terharu kerana dijemput sekali lagi menjayakan pementasan di Panggung Victoria.



"Memang impian saya mahu menjejakkan kaki sekali lagi ke panggung ini. Tetapi saya tidak tahu bila lagi saya akan dapat peluang, terutama sekali dengan umur saya yang semakin lanjut ini," kata GT Lye tertawa.



Dapatkan tiket Malam Lawak Sastera di http://www.sistic.com.sg/events/cswf2016d




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >