PASUKAN Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah berkhidmat dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dengan penuh kewibawaan dan akan terus berbuat demikian, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Tan Chuan-Jin.
Beliau yang menerajui pasukan PAP yang bertanding bagi GRC Marine Parade menambah bahawa tanggungjawab dan tumpuan pasukannya kekal untuk penduduk.