PASUKAN Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Nee Soon berjanji akan terus mendampingi penduduk dan mempertingkatkan lagi kehidupan mereka.
Membentangkan manifesto mereka semalam di cawangan Chong Pang PAP, Menteri Ehwal Luar merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, yang menerajui pasukan PAP di GRC itu, berkata Nee Soon akan menjadi sebuah bandar ikonik di utara Singapura dengan pelbagai pembangunan yang dirancang.