Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAP dicabar dua parti di MacPherson

Sep 02, 2015 | 02:00 PM



KAWASAN Undi Perseorangan (SMC) MacPherson akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Parti Pekerja (WP) dan Parti Perpaduan Nasional (NSP).


Calon PAP Cik Tin Pei Ling menghadapi saingan daripada Encik Bernard Chen (WP) dan Encik Cheo Chai Chan (NSP).


Namun, tiada kejutan berlaku bagi kawasan undi lain yang diumumkan di pusat penamaan calon di Sekolah Kong Hwa sebentar tadi, Selasa (1 Sep).


GRC Marine Parade akan menyaksikan pertarungan antara PAP dan WP.


Pasukan PAP pimpinan Encik Tan Chuan-Jin termasuk Encik Goh Chok Tong, Dr Fatimah Lateef, Encik Seah Kian Peng dan Encik Edwin Tong.


Mereka dicabar pasukan WP terdiri daripada Encik Yee Jenn Jong, Cik He Tingru, Encik Terence Tan, Encik Ng Foo Eng dan Encik Firuz Khan.


SMC Mountbatten pula melihat pertarungan antara Encik Lim Biow Chuan (PAP) dan Cik Jeanette Chong daripada Parti Rakyat Singapura (SPP).


Manakala SMC Potong Pasir akan melihat Encik Sitoh Yi-Pin (PAP) menentang Cik Lina Chiam (SPP).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >