Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAP lancar manifesto bina kejayaan masa depan S'pura

ERVINA MOHD JAMIL
Aug 30, 2015 | 11:00 AM



PARTI Tindakan Rakyat (PAP) telah melancarkan manifestonya bagi pilihan raya umum bulan depan yang menggariskan antara lain usaha-usaha yang boleh dibina bersama rakyat demi mencapai kejayaan masa depan yang lebih baik untuk Singapura.


Melancarkan manifesto bertema 'Bersama anda, Untuk anda, Demi Singapura' pagi tadi, Setiausaha Agung PAP yang juga Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata warga akan memilih pemerintah dan pemimpin Singapura akan datang yang dapat berganding bahu bersama warga meniti hala tuju negara bagi tempoh 15 hingga 20 tahun mendatang.


Manifesto itu menggariskan kejayaan yang telah dicapai bersama, usaha yang sedang dilakukan bersama, cabaran yang dihadapi bersama serta apa yang boleh dibina bersama termasuk dalam bidang pendidikan, ekonomi, keluarga, kesihatan, pengangkutan, keselamatan, penjagaan dan kehidupan warga.


Selain merakamkankan penghargaannya kepada para Anggota Parlimen (AP) PAP yang akan bersara daripada politik, Encik Lee turut menyambut muka baru PAP yang akan bertanding, termasuk Encik Amrin Amin, Cik Rahayu Mahzam, Encik Saktiandi Supaat dan Encik Shamsul Kamar.


"Saya akan berhempas-pulas untuk memenangi kepercayaan dan sokongan anda supaya kami dapat bekerjasama dengan anda untuk Singapura


"Kami perlukan sokongan padu anda demi masa depan yang lebih cerah untuk kita semua," katanya ketika berucap di majlis pelancaran manifesto PAP itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >