PAP lawan SDP di Holland-Bukit Timah

KAWASAN Undi Berkumpulan (GRC) Holland-Bukit Timah bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Parti Tindakan Rakyat (PAP) dengan Parti Demokratik Singapura (SDP).

PAP dipimpin oleh Dr Vivian Balakrishnan manakala SDP oleh Dr Chee soon Juan, yang akan bertanding buat pertama kalinya sejak 2001.

Selain Dr Vivian, pasukan empat anggota PAP di GRC Holland-Bukit Timah itu turut disertai Menteri Negara (Pendidikan merangkap Perhubungan dan Penerangan) Cik Sim Ann; Encik Christopher de Souza dan Encik Liang Eng Hwa.

Dr Chee, Setiausaha Agung SDP akan bersama-sama tiga anggota SDP lain, iaitu juruadit Encik Sidek Mallek, pentadbir jagaan kesihatan, Cik Chong Wai Fung, dan profesor perubatan, Dr Paul Tambyah.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 28
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.