Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAP lawan WP di East Coast, Fengshan dan Punggol East

Sep 01, 2015 | 04:45 PM



KAWASAN Undi Berkumpulan (GRC) East Coast akan menjadi medan pertarungan antara pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dipimpin Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say dengan pasukan Parti Pekerja (WP) diketuai Encik Gerald Giam.


Pasukan PAP yang mempertahankan GRC itu turut dianggotai Menteri Negara (Pertahanan merangkap Pembangunan Negara) Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pembangunan Negara) Lee Yi Shyan; dan Cik Jessica Tan.


Mereka akan menentang calon Parti Pekerja (WP) yang turut dianggotai Encik Daniel Goh Pei Siong; Encik Perera Leon Anil; dan Encik Mohamed Fairiz Shariff.


Muka baru PAP Cheryl Chan Wei Ling pula akan menentang calon WP Dennis Tan Lip Fong bagi merebut kerusi SMC Fengshan.


Fengshan baru sahaja menjadi sebuah SMC sejak Semakan Sempadan Pilihan Raya dikeluarkan 24 Julai lalu.


Sebelum ini kawasan undi itu merupakan sebahagian daripada GRC East Coast yang hangat dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum (GE) 2011.


Calon PAP Charles Chong pula bakal berentap dengan Cik Lee Li Lian daripada WP bagi SMC Punggol East.


SMC itu dimenangi Cik Lee dalam pilihan raya kecil 2013 selepas mantan Anggota Parlimen Michael Palmer meletak jawatan.


Calon PAP bagi GRC Pasir Ris-Punggol yang terdiri daripada Encik Teo Chee Hean, Encik Teo Ser Luck, Encik Janil Puthucheary, Encik Zainal Sapari, Encik Ng Chee Meng dan Cik Sun Xueling akan berdepan dengan akan berdepan dengan calon SDA terdiri daripada Encik Desmond Lim, Encik Harminder Pal Singh, Encik Arthero Lim, Encik Abu Mohamed, Encik Ong Teik Seng dan Encik Wong Way Weng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >