PAP pertahankan kubu kuatnya di GRC Tanjong Pagar

PARTI Tindakan Rakyat (PAP) telah mempertahankan kubu kuat perdana menteri pengasas Lee Kuan Yew di GRC Tanjong Pagar dengan kemenangan 77.7 peratus undi.

Saingannya, Parti Warga Diutamakan (SingFirst), hanya mendapat 22.3 peratus.

Pasukan PAP itu diketuai oleh ketua pergerakan buruh Chan Chun Sing, 45 tahun, manakala SingFirst diterajui Encik Tan Jee Say, yang pernah bertanding bagi pilihan raya presiden lalu.

Bercakap dalam bahasa Mandarin, Encik Chan berkata beliau berterima kasih dengan mandat besar itu.

"Pasukan saya dan saya akan menerima tanggungjawab ini dengan rendah hati. Sokongan anda merupakan motivasi yang amat besar bagi kami. Kami tidak akan berhenti di sini.

"Kami akan terus bekerja keras, meneruskan untuk membina asas baik kami dan mewujudkan Tanjong Pagar yang lebih baik lagi," katanya.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.