PARTI Tindakan Rakyat (PAP) telah mengeluarkan kenyataan menyangkal dakwaan ketua Parti Demokratik Singapura (SDP) mengenai rancangan pemerintah untuk meningkatkan jumlah penduduk Singapura kepada 10 juta orang.
PAP berkata, pihaknya dan pemerintah telah beberapa kali menjelaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar, bahkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, tidak pernah menyarankan agar Singapura menyasarkan jumlah penduduk seramai 10 juta orang itu.