Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Paragon sediakan aneka tawaran istimewa, persembahan muzik dan jenama baru

Jan 13, 2016 | 02:24 PM



PUSAT beli-belah Paragon menawarkan hadiah khas dan persembahan muzik bagi pembeli sempena Musim Tahun Baru Cina kini, selain bangunannya dihiasi lampu bunga ceri mekar, umum Singapore Press Holdings Ltd (SPH) pada Rabu (13 Jan).


Ahli kad Citibank akan menerima baucar beli-belah Paragon bernilai $30 bagi pembayaran sekurang-kurangnya $380 dalam satu resit di pusat beli-belah di Orchard Road itu.


Seramai 100 ahli Citi Paragon World MasterCard pertama yang menambah nilai pembelian mereka kepada $1,800 dengan maksimum dua resit pada hari sama pula akan menerima set Teko Teh Liuli bernilai $190.


Semua pembeli boleh menebus sehingga dua hong bao Paragon sehari jika mereka membelanjakan sekurang-kurangnya $120 dalam satu resit di pusat beli-belah itu.


Seramai 1,000 pengunjung pertama yang menambah nilai pembelian mereka kepada $1,400 dengan maksimum dua resit pada hari sama akan menerima kotak hadiah tambahan Set Tea Tahun Baru Cina Paragon.


Promosi ini berlangsung dari 15 Januari hingga 7 Februari, kata SPH, yang anak syarikatnya, SPH Reit Management, memiliki Paragon.


Pengunjung ke Paragon juga dapat menikmati persembahan live pemuzik Trisno Trio, Indra Ismail dan James Flynn dalam bulan ini, dari 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang dari Isnin hingga Khamis dan dari 5 hingga 6 petang pada Jumaat dan Sabtu.


Beberapa jenama baru juga telah membuka kedai di Paragon, dua daripadanya melancarkan ruang pertama mereka di Singapura - galeri lukisan Lumas dan butik barang kemas APM Monaco.


Pengunjung juga boleh melanggani kedai penjagaan kulit Forever Flawless, kristal Lalique dan fesyen Casa Loewe di pusat beli-belah itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >