Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Paras air Kolam Air Linggiu di Johor 42 peratus, lebih sedikit dari paras terendah 41%

Mar 22, 2016 | 02:18 PM



PARAS air di Kolam Air Linggiu di Johor - yang boleh membekalkan sehingga 60 peratus keperluan air Singapura - kini kira-kira 42 peratus.



Ia hanya lebih sedikit daripada paras rendah rekod 41 peratus pada akhir 2015. Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mendedahkan perkara ini pada pagi Selasa (22 Mac) di Sekolah Rendah Elias Park, di mana catuan air dijalankan untuk menandakan Hari Air Sedunia.



Cuaca kering terus menyebabkan paras air di kolam air itu berkurangan sejak musim kemarau berpanjangan yang dialami Singapura dan rantau ini pada awal 2014.



Paras air itu tidak pernah pulih daripada semasa musim kemarau tersebut pada Ogos 2015, ia turun kepada 54 peratus. Ia kemudian berkurangan kepada 43 peratus pada November 2015.



Musim monsun timur pada Disember menaikkan paras air kepada hampir 50 peratus pada awal Januari, tetapi ia kemudian turun kepada 42 peratus sekarang.



Singapura boleh mengambil sehingga 250 juta gelen sehari (mgd) dari sungai itu, tetapi terdapat empat gangguan tahun ini. Agensi air negara PUB mengepam purata 16 mgd Airbaru sehari pada Mac ke kolam air di sini untuk memenuhi keperluan negara.



Bagaimanapun, belum ada keperluan mengadakan catuan air seluruh negara, kata Encik Masagos.



"Walaupun tidak ada keperluan catuan aktif hari ini, masih penting untuk mengingatkan semua orang tentang peri penting air," ujarnya.



Catuan air sukarela yang dijalankan oleh Sekolah Rendah Elias Park diadakan dari 10 hingga 11.30 pagi bagi mengajar pelajar nilai air.



Semua paip di sekolah itu ditutup selama 1.5 jam itu dan murid terpaksa mencedok air dari baldi untuk mencuci tangan sebelum dan selepas makan, dan bagi mengepam tandas, misalnya.



Sekolah itu salah satu daripada lima sekolah yang menjalankan kegiatan sempena Hari Air Sedunia. Sekolah Menengah Peirce dan Sekolah Menengah Bukit View mengadakannya awal Mac, manakala Sekolah Rendah Bendemeer dan Sekolah Rendah Woodgrove juga pada Selasa.



Dari kira-kira 7 malam pada Selasa, bangunan di kawasan Marina Bay, termasuk Hab Sukan Singapura dan Singapore Flyer, akan bertukar menjadi biru bagi memperingati Hari Air Sedunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >