Parkway Parade dibuka semula hari ini

PUSAT beli-belah Parkway Parade akan dibuka semula kepada orang ramai pada JUmaat (20 Mei), setelah ditutup menyusuli satu kebakaran pada Ahad (15 Mei) malam.

Tiada siapa cedera dalam kebakaran itu, yang berlaku di Fox Kids and Baby, sebuah kedai pakaian di tingkat dua pusat beli-belah tujuh tingkat itu.

Bagaimanapun, ia menyebabkan kerosakan ke atas sistem kabel perlindungan kebakaran yang perlu dibaiki.

Pusat beli-belah itu mengumumkan pembukaan semulanya di laman web dan laman Facebook pada Khamis.

Namun, sekurang-kurangnya satu kedai, gedung Isetan, akan kekal ditutup sebahagiannya. Jurucakap Isetan, Encik James Che, berkata hanya tingkat satu gedung itu - bahagian wanita - akan dibuka.

Lantai kedua - bahagian kanak-kanak, lelaki dan isi rumah - masih ditutup.

Lend Lease, syarikat yang menjalankan pusat beli-belah itu, berkata punca kebakaran masih disiasat.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.