Parkway Parade ditutup hingga diberitahu kelak

PUSAT beli-belah Parkway Parade di Marine Parade akan ditutup hingga diberitahu kelak, selepas kebakaran berlaku di sebuah kedai pada Ahad (15 Mei) malam.

Walaupun pusat beli-belah itu ditutup sedang pihak pengurusan terus memeriksa dan melakukan kerja pembetulan, menara pejabat dan bank di tingkat satu akan dibuka pada Selasa (17 Mei), seperti pada Isnin, kata Parkway Parade.

Memohon maaf atas kesulitan itu, ia berkata tempat letak kereta turut ditutup pada Selasa hingga diberitahu kelak. Pusat beli-belah itu tidak menyatakan sebab penutupan tersebut.

Difahamkan kebakaran berlaku dalam sebuah kedai pakaian di tingkat dua, Fox Kids and Baby.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan mengenai kebakaran itu hampir tengah malam. Pegawainya mengesan kebakaran di bilik stor lalu memecah masuk dan memadamkan api dengan jet air.

Tiada kecederaan dilaporkan dan tiada pemindahan dijalankan.

Jurucakap Wing Tai, yang mengedarkan jenama Fox di sini, berkata ia sedang memeriksa apa yang berlaku.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.