Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Air isu strategik, perlu diletak harga penuhnya, ujar Masagos

Mar 01, 2017 | 05:11 PM



AIR adalah isu strategik dan merupakan soal keselamatan negara bagi Singapura, dan mesti diletakkan harga sepenuhnya, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, memberitahu Parlimen pada Rabu (1 Mac).



Kenaikan kos menghasilkan air, keperluan membina dan mengembangkan penyahgaraman, loji NEWater dan tebus guna air, dan perubahan iklim menjadikan lebih terdesak keperluan meletak harga betul bagi menyederhanakan permintaan dan membina infrastruktur bagi bekalan air yang terjamin, katanya.



Encik Masagos membentangkan hujah di sebalik langkah menaikkan harga air sebanyak 30 peratus sepanjang dua tahun.



"Walaupun kita memberi bantuan yang disasarkan pada isi rumah, seperti baucar U-Save untuk membantu mereka membayar bil perbekalan, kita mesti meletak harga yang betul bagi air. Pengguna harus merasakan harga penuh air, menyedari betapa bernilai dan berharganya ia, setiap kali mereka membuka paip, daripada titisan pertama," ujar Encik Masagos.



Beliau juga mengingatkan anggota Dewan latar belakang semakan harga air Pemerintah pada 1997, apabila terdapat kebimbangan bahawa bekalan air dari Johor akan disekat dan Singapura baru sahaja memulakan penyahgaraman untuk mendapatkan bekalan air.



Kolam air tempatan - selain Bendungan Marina - telah dibangunkan hampir sepenuhnya, dan NEWater hanya akan datang pada 2002.



Pemerintah ketika itu perlu menyedarkan rakyat Singapura tentang kepentingan strategik air, dan kepentingan menjimatkan seberapa dapat setiap titisan air, katanya.



"Pemerintah memutuskan menyemak harga air dengan ketara, untuk mencerminkan nilai kekurangan sebenarnya. Jika kita memerlukan air tambahan, dari mana ia akan datang? Berapa harga tambahan itu? Ini yang kita panggil kos marginal jangka panjang (LRMC). Itulah kos yang pengguna harus lihat."



Encik Masagos mengakui kebimbangan Anggota Parlimen mengenai kadar besar kenaikan itu - 30 peratus.



Tetapi rakyat Singapura harus bertanya apa erti sebenarnya 30 peratus itu, katanya.



Encik Masagos berkata 75 peratus daripada perniagaan akan melihat kenaikan kurang daripada $25 sebulan dalam bil air, iaitu kurang $1 sehari.



Keluarga flat satu dan dua bilik HDB tidak akan melihat sembarang kenaikan secara purata, manakala keluarga flat HDB lain akan melihat bil bulanan mereka meningkat antara $2 dan $11 sebulan.



"Air masih dalam kemampuan. Ia masih akan kekal membentuk 1 peratus daripada pendapatan isi rumah," katanya.



Encik Masagos juga memberi tiga contoh bagaimana kos telah naik dalam semakan baru-baru ini.



Pertama, lebih banyak loji penyahgaraman perlu dibina untuk meningkatkan lagi bekalan air Singapura.



The LRMC adalah campuran kos NEWater dan penyahgaraman, tetapi Singapura terpaksa bergantung lebih pada penyahgaraman untuk tambahan seterusnya apabila permintaan air meningkat, kerana mengitar air terpakai di loji NEWater ada hadnya.



Kedua, apabila negara ini meningkatkan kadar air terpakai yang dikitar untuk NEWater, kumbahan menjadi lebih pekat dan lebih sukar dan mahal dirawat.



Ketiga, apabila Singapura menjadi semakin pesat, membina paip baru dan mengganti yang lama untuk menyalurkan air akan menjadi lebih mahal.



"Tugas kementerian saya dan PUB ialah merancang dan membina infrastruktur, yang akan kami lakukan, tetapi hanya melalui harga betullah kami boleh membuat semua orang menghargai air sebagai sumber strategik dan secara sedar menjimatkannya," kata Encik Masagos.



"Dengan peningkatan 30 peratus yang kami umumkan, harga akan hampir, walaupun masih lebih rendah sedikit, dengan harga titisan seterusnya atau LRMC hari ini. Ini cara terbaik untuk menekankan nilai kekurangan air."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >