Parlimen baru bersidang pada 15 Januari

PARLIMEN baru akan bersidang pada 15 Januari, empat bulan selepas pilihan raya umum September lalu menyaksikan Parti Tindakan Rakyat (PAP) kembali berkuasa dengan 83 daripada 89 kerusi dan 69.9 peratus undi popular.

Tarikh itu diumum pada Khamis (22 Okt) dalam satu kenyataan oleh Ketua Dewan, Cik Grace Fu, yang juga Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.

Daripada 89 Anggota Parlimen (AP) dan dua AP Tanpa Kawasan Undi (NCMP) yang dijadualkan mengambil tempat duduk mereka di dalam Dewan pada hari itu, 21 adalah muka baru.

Daripada jumlah tersebut, 19 daripada PAP manakala Encik Dennis Tan dan Encik Leon Perera ialah NCMP daripada Parti Pekerja (WP).

Sidang pertama Parlimen ke-13 itu akan bermula pada 3.30 petang, dan bermula dengan pemilihan Speaker Parlimen.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata bulan lepas beliau bercadang mencalonkan Cik Halimah Yacob bagi jawatan Speaker.

Para AP dan NCMP kemudian akan mengangkat sumpah.

Pada 8.30 petang hari itu, Presiden Dr Tony Tan Keng Yam akan menyampaikan Ucapan Pembukaannya di Parlimen. Ucapan beliau secara tradisional menggariskan keutamaan, dasar dan program Pemerintah bagi penggal lima tahunnya.

Para AP akan membahaskan ucapan itu selama lima hari, bermula 25 Januari.

Cik Halimah berkata kepada akhbar The Straits Times pada Khamis: "Parlimen baru akan bertemu pada masa kita berhadapan pelbagai cabaran, seperti penduduk semakin tua, pertumbuhan ekonomi lebih perlahan disebabkan oleh kelembapan sejagat, isu-isu sekitaran dan harapan semakin meningkat.

"Oleh itu, ada banyak isu bagi Ahli Parlimen bangkitkan, tetapi nasihat saya ialah mereka tidak boleh menjadi pakar dalam segala-galanya. Mereka perlu memilih topik dekat pada hati mereka yang mereka minati dengan mendalam, supaya mereka boleh bercakap dengan keyakinan lebih besar."

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.