Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Dedah kakitangan dihukum dalam kes hepatitis C tidak pertingkat keselamatan pesakit

Apr 04, 2016 | 02:23 PM



MANYIARKAN nama individu bertanggungjawab bagi wabak hepatitis C di Hospital Besar Singapura (SGH) tahun lalu akan membangunkan "budaya menyalahkan" yang tidak akan membantu pesakit pada jangka masa panjang, kata Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, di Parlimen pada Isnin (4 April).



"Daripada memberi tumpuan pada menamakan individu dan membangunkan budaya menyalahkan di institusi penjagaan kesihatan kita, kita harus menggalak budaya belajar untuk menjadikan hospital kita seselamatnya," kata beliau.



"Mendedahkan nama pegawai dan hukuman khusus yang dikenakan ke aras setiap individu tidak menyumbang kepada penjagaan lebih baik bagi pesakit. Dalam memutuskan apa yang perlu didedah, kita harus ingat kesan jangka panjang ke atas sistem penjagaan kesihatan dan pekerja penjagaan kesihatan kita, dan mencapai keseimbangan."



Encik Gan berkata demikian ketika menjawab soalan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi, Encik Leon Perera, dan Cik Cheng Li Hui (GRC Tampines) mengenai kes tersebut.



Encik Perera meminta nama kakitangan SGH dan kementerian yang dikenakan tindakan disiplin akibat kes itu, hukuman atau amaran yang mereka dikenakan, dan mengapa. Cik Cheng pula bertanya apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan kejadian itu tidak berulang.



Pada Disember lalu, jawatankuasa semakan bebas yang ditugaskan menyiasat wabak virus hepatitis C di SGH membuat kesimpulan bahawa amalan kawalan jangkitan lemah dan respons lambat harus dipersalah.



Enam belas kakitangan kanan - 12 daripada SGH dan empat daripada MOH - akhirnya dihukum kerana peranan mereka dalam kesilapan itu.



Hukuman itu termasuk "amaran, amaran keras, dan penalti kewangan".



Encik Gan berkata hukuman itu akan kekal dalam rekod perkhidmatan kakitangan berkenaan, dan "amaran keras" akan memberi kesan negatif pada kerjaya mereka, kenaikan pangkat dan anugerah pada masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >