Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Kes beli kereta elak had pinjaman akan disiasat

Sep 14, 2016 | 09:41 AM



KES pembeli kereta mengambil pinjaman lebih besar melalui perjanjian sewa beli kereta privet bagi mengelak had pinjaman Pemerintah akan disiasat.



Pemangku Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung, yang duduk dalam lembaga pengarah Penguasa Kewangan Singapura (MAS), memberi notis ini di Parlimen pada Selasa (13 Sep) ketika menjawab pertanyaan Encik Pritam Singh (GRC Aljunied).



Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) itu menimbulkan kebimbangan perjanjian sewa beli privet mewujudkan "jalan keluar" atau "cara mengelak" daripada sekatan pinjaman kenderaan sedia ada.



Peraturan MAS membenarkan pembeli meminjam hingga 70 peratus daripada harga pembelian, dengan tempoh pinjaman hingga tujuh tahun.



Namun, sesetengah pembeli mengambil pinjaman hingga 90 peratus daripada harga kereta, dengan tempoh pinjaman hingga 10 tahun.



Mereka berbuat demikian melalui perjanjian sewa beli kereta privety di mana mereka membeli dan mendaftarkan kereta di bawah sebuah syarikat, untuk digunakan bagi kereta sewa privet seperti Uber dan Grab.



MAS sebelum ini berkata pinjaman yang diambil untuk membeli kereta sewa privet tidak tertakluk pada sekatan pinjaman keretanya.



Encik Singh berkata sesetengah orang boleh mengambil kesempatan daripada sistem itu.



"Ada juga kemungkinan ia langsung tidak digunakan bagi tujuan itu, apabila anda mendaftar syarikat bagi sewa privet di bawah rangka kerja Uber atau Grab tetapi, pada hakikatnya, apa yang anda lakukan ialah memiliki kenderaan itu," katanya.



Encik Ong menjawab bahawa MAS dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) akan meneliti kes-kes tersebut, yang "melanggar semangat di sebalik dasar itu".



"Saya tidak fikir ini harus diteruskan," katanya.



Penjual kereta yang menjual kereta kepada pembeli di bawah program bayaran ansuran mereka sendiri perlu mematuhi Akta Sewa Beli, yang ditadbir oleh MTI.



MTI juga mengenakan sekatan pinjaman kereta MAS ke atas pihak tidak dikawal selia MAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >