Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Lebih 500 pelajar sertai program kerja-belajar SkillsFuture tahun lalu

Feb 28, 2017 | 03:17 PM



LEBIH 500 lulusan politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) menyertai Program Dapat Gaji Sambil Belajar SkillsFuture tahun lalu.



Jumlah itu lebih tinggi daripada 400 tempat yang disasarkan bagi tahun itu, Setiausaha Parlimen (Pendidikan), Dr Faishal Ibrahim, memberitahu Parlimen pada Selasa (28 Feb).



Skim kerja sambil belajar itu menempatkan peserta dalam syarikat supaya mereka boleh bekerja dan terus mendapatkan kelayakan lebih tinggi pada masa sama.



Terdapat 40 program sedemikian merentasi 23 sektor, termasuk sektor di mana Peta Transformasi Industri sedang dibangunkan, seperti perhotelan, teknologi infokom dan logistik, yang merupakan antara yang paling popular, kata Dr Faishal.



Kementerian Pendidikan (MOE) menerima maklum balas positif daripada majikan dan pelatih, katanya, sebagai respons kepada soalan Cik Sun Xueling (GRC Pasir Ris-Punggol).



Maklum balas itu didapatkan daripada pensyarah serta majikan.



"Kementerian Pendidikan akan terus bekerjasama dengan agensi sektor masing-masing untuk memperkenal lebih banyak program kerja-belajar bagi menyokong latihan dan pembelajaran sepanjang hayat," kata Dr Faishal.



AP Buruh Desmond Choo (GRC Tampines) berkata gaji kemasukan di bawah program itu harus lebih menarik, dan Dr Faishal berkata kementeriannya akan menimbangkan maklum balas itu.



Beliau juga memberi penerangan ringkas tentang Porftolio Pembelajaran Individu, iaitu portal dalam talian sehenti bagi latihan dan pekerjaan yang akan dilaksana secara berperingkat mulai tahun ini.



Ia akan termasuk platform untuk pengguna memberi maklum balas mengenai program latihan yang disediakan.



Antara yang akan disediakan ialah alat bagi pengguna memprofil minat kerjaya mereka, jurang kemahiran dan nilai kerja, dan meneroka peluang pekerjaan dan program latihan relevan berdasarkan keputusan itu. Bank Pekerjaan akan disepadukan ke dalam portal itu.



Satu ciri yang melihat peluang latihan boleh dipertimbang bagi fasa akan datang portal itu, jika perlu.



Dr Faishal memberi jaminan kepada para AP bahawa pos yang dimuat naik ke Bank Pekerjaan itu dikemas kini, kerana pos dikeluarkan daripada portal itu secara automatik selepas 30 hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >