Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Lebih banyak tempat, tong bagi pulangkan uniform terpakai SAF

Mar 01, 2017 | 02:20 PM



ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) akan menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan uniform terpakai, menyusuli kejadian uniform tentera diseludup ke Batam yang berlaku baru-baru ini.



Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata tong pelupusan akan disediakan di pintu masuk kem terpilih berhampiran kawasan ramai penduduk, dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.



Tong itu akan mempunyai "injap sehala", kata beliau kepada Parlimen pada Rabu (1 Mac).



Pada masa ini, anggota Perkhidmatan Negara (NS) boleh melupuskan pakaian tentera terpakai dan peralatan di eMarts SAF di seluruh pulau, dan Pangkalan Logistiks Tentera di Old Choa Chu Kang Road.



Bagi memudahkan lagi anggota NS memulangkan peralatan lama, lebih banyak tong pelupusan juga akan diletak di eMarts, kata Dr Maliki.



Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi, Encik Dennis Tan, mengenai penyitaan selori penuh uniform terpakai SAF oleh Tentera Laut Indonesia di Batam November lalu.



Dr Maliki berkata siasatan oleh Tentera Laut Indonesia masih berjalan.



Berikutan rampasan itu, SAF mengingatkan kontraktor supaya mengikuti prosedur yang ditetapkan apabila melupuskan uniform lama, ujar Dr Maliki.



Prosedur itu memerlukan kontraktor mengumpul uniform terpakai dan menghantarnya ke tempat pembakaran. Uniform itu kemudian dibakar dengan disaksikan seorang kakitangan SAF.



SAF juga akan mengingatkan anggota NS supaya melupuskan peralatan mereka di lokasi yang dibenarkan.



Di bawah undang-undang Singapura, anggota NS tidak dibenarkan menjual sembarang kelengkapan tentera yang diberi kepada mereka, dan sesiapa yang ditangkap melakukannya akan dikenakan tindakan disiplin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >