Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Majoriti aduan caj berlebihan libatkan doktor swasta, ujar MOH

Feb 28, 2017 | 02:51 PM



KEMENTERIAN Kesihatan menerima kira-kira 160 kes maklum balas berkaitan bil dalam tempoh dua tahun lalu, kata Menteri Negara (Kesihatan) Lam Pin Min di Parlimen pada Selasa (28 Feb).



Daripada jumlah itu, 23 kes melibatkan caj berlebihan - majoritinya terhadap sektor swasta.



Dr Lam berkata demikian semasa menjawab soalan Cik Lee Bee Wah (GRC Nee Soon), yang ingin tahu jumlah laporan caj berlebihan oleh doktor sektor swasta sepanjang lima tahun lalu.



Namun, disebabkan perubahan dalam sistem pengumpulan data dan klasifikasi maklum balas berkaitan bil, beliau tidak dapat membandingkan dengan tepat angka tahun ke tahun sepanjang lima tahun lalu.



Encik Vikram Nair (GRC Sembawang) dan Anggota Parlimen Dicalon (NMP) K. Thanaletchimi bertanya apakah Kementerian Kesihatan (MOH) akan menimbang untuk meluaskan peranan ahli farmasi dan pengamal kejururawatan masyarakat, yang merupakan jururawat cukup terlatih.



Memperkasa jururawat itu untuk memberi preskripsi ubat dan merawat penyakit biasa akan menjadikan lebih murah dan lebih mudah bagi pesakit mendapatkan rawatan, kata mereka.



Dr Lam menjawab: "Pada masa ini, ahli farmasi sudah dibenarkan memberi preskripsi ubat-ubatan tertentu - sebagai contoh, ubat mudah bagi rawatan selesema."



Beliau menambah bahawa ramai jururawat terlatih di poliklinik dan hospital telah menjalankan peranan yang diperluas itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >