Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen: Pemilik flat bermasalah kewangan mungkin ditawar pengurangan sementara ansuran

Apr 06, 2016 | 02:48 PM



PEMILIK flat yang menghadapi masalah kewangan mungkin ditawarkan pengurangan sementara atau penangguhan ansuran gadai janji bagi membantu mereka.



Menteri Negara (Pembangunan Negara), Dr Koh Poh Koon, memberitahu Parlimen pada Rabu (6 Apr) HDB mempunyai pelbagai langkah bagi membantu keluarga sedemikian.



Ini termasuk kaunseling kewangan dan rujukan kepada agensi sokongan sosial bagi mendapatkan pekerjaan dan bantuan kewangan.



Dr Koh berkata demikian semasa menjawab soalan Cik Joan Pereira (Tanjong Pagar GRC), yang bertanya apa jenis bantuan gadai janji yang HDB sediakan bagi pemilik flat yang diberhentikan kerja, terutama yang berusia 40-an dan 50-an tahun.



Beliau berkata: "Bagi yang menghadapi kesusahan jangka panjang, HDB akan menasihatkan mereka mengenai langkah memasukkan anak dewasa mereka yang bekerja sebagai pemilik bersama untuk membantu membayar gadai janji."



Berpindah ke flat yang lebih sesuai dengan kemampuan mereka juga satu pilihan, tambahnya.



Bagi keluarga berpendapatan rendah yang tidak mampu membeli satu lagi flat, tidak mempunyai sokongan keluarga dan tiada pilihan perumahan lain, HDB boleh menawarkan mereka flat sewa awam.



Apabila ditanya apakah HDB akan menimbangkan menyediakan bantuan kewangan kepada pemilik flat yang telah mengambil pinjaman daripada bank, Dr Koh berkata HDB bukan bank dan tidak dapat menawarkan pinjaman peribadi.



Bagaimanapun beliau menambah bahawa HDB boleh membantu pemilik flat dalam menyusun semula kewangan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >